Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Thursday, May 12, 2016

Bermalam di Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor

Salam, hai!

Last month punya citer wey, sempat bermalam di Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor. Dah orang nak 'payung' takkan ahkak nak tolak kan? Not nice uollz.. Hahhaaa


Address: 5182, Jalan Kapar, Batu 17 Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. 
Lokasi ini terletak berhampiran dengan 'The Kabin Kuala Selangor' serta Aroma Ikan Bakar.

View dari bilik kami di Tingkat 9. Very nice ha!

Harga Bilik :
Standard 2 bilik – RM100 semalam
Deluxe 3 bilik – RM120
Executive 3 bilik – Rm160 semalam





Kitaorang sampai sini dah dekat petang jugaklah. Anak2 macam biasalah kan, dah tak sabar nak mandi kolam. Yang mak pulak, tak sabar nak gi cari  ikan, nak masak untuk makan malam... So, before terjun kolam, moh ler kita bersiar2 kat kawasan yang berhampiran..


Memula, singgah kat Pasar Nelayan, Sungai Sembilang. Kebetulan masa tu, ketam & ikan baru naik... pergghhh.. freshh2 engko. Menyesal kalau tak beli. uuhuuu. Harga ikan2 kat sini pun tak lah semahal tempat lain. Kat sini, aku siap beli siput sedut nak buat kuah lemak siput sedut lagi.. Tapi aku suh, orang tu simpan dulu, esok before gerak KL aku datang ambik. Nasib baik ahkak tu okey.



Lepas dah pegi kat area Pasar Sg Sembilang, mak ajak jalan lagi dekat area Pasar Pantai Remis, Kuala Selangor, bukan kat Perak yer, kat Kuala Selangor jer..  hahahaaa.. Kang ada yang kompius pulak nanti. Kat sini, sumpah aku dah start rambang mata. Sampai, daun kesum, daun kunyit pun aku nak beli kat sini. Bukan pasal aper, murah sesangat. 1 ikat RM1, daun dia banyak giler. Cer kalau kat Kl memang takkkklah nak dapat banyak & murah camgitu.

Mak aku pun dah start dah, gewam nengok udang laut tu. RM45 sekilo. pergghhhhh!! memang murah giler. Aku pernah tanya, udang yang sejenis itu RM60-RM70 sekilo... Memang tak merasalah aku, kalau arge mahal nak mammmmm***

Jambu color merah tu, memula aku taknak beli jugak. Puas  tukang jual tu yakinkan aku suruh beli, sebab jambu tu manis giler katenye. Aku pun aper lagi, bukan bole orang cakap lebih2 ekekeke beli jugaklah seplastik.. Pastu balik hotel, terus nyesal nape tak beli lebih.. Hahhaaa.. Manis betulll. Untuk makan malam, mak aku payung udang, ketam, kerang, kupang & lain2. Katenye jangan tak merasa, mak velanja.. hahahaa... okey...


 
Jalan punye jalan, macam kagum pulak dgn benda ni. Spesis apakah? 1st time nengok, selepas 35 tahun hidup.. ekekeke Puas aku pikir nama dia.. rasanya seingat aku, ahkak kat pasar tu cakap 'Siput Kemudi' kot besar giler benda ni. Kagum kejap...

 View dari tingkat 9 :)




Lepas dah puas memborong, balik bilik, terus tukar uniform nak terjun tiruk kat kolam.. hahhaaa... Puas hati anak2 dapat mandi kolam.. Happy giler!

video

Acara malam ialah acara makan seafood sampai kenyang. 
ngehh..nggeeehhh.. ngeehhh..

Malam tu ahkak masuk tido awal, tetiba pulak sakit kepala.. 
Makan panadol 2 biji terus lena tau2 dah pagi... 



...bersambung, kalau ghajinlah... hhaaaa

4 comments: