Tuesday, November 17, 2015

Jakarta - Day 1

Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak tuan presiden kelab sukan UMES bawak ahli2 berjalan jauh. Walaupun hanya ke Jakarta, namun kitaorang tetap happy. *almaklonglah, dah lama kelab tak bawak weollz gi jenjalan jauuuhhh.. apa2 pun Tahniah diucapkan buat Tuan Presiden! 

7hb. November 2015
Bermulanya trip kami ke Jakarta dengan menaiki pesawat Garuda. Kitaorang berkumpul kat KLIA dalam pukul 10 pagi & berlepas ke Jakarta dalam jam 12.50 tengah hari. Tiba di Saekarno - Hatta International Airport Jakarta lebih kurang pukul 3 petang camgitu.  

Peralihan waktu di Jakarta, mereka lewat 1 jam dari waktu Malaysia. (Nampak tak subject bahasa melayu aku A++) muahahaa

Wonderful Indonesia

Kelab Sukan & Reakreasi UMES

  #gengkektonkejakarta


Sampai je kat airport, dah ada bas yang menanti. Korang tau ker bas pelancong dorang panggil aper kat sane?? tau ker? tau ker? tak tau kan.. #libastudang  BUS PARIWISATA means BAS PELANCONGAN.. nampak tak betapa eksennye aku.. padahal aku pun baru tau, bila dah balik Malaysia.. kuii..kuii..kuii.. #sengal!



Serius! sepemerhatian akulah Jakarta ni satu bandar yang sesak & padat compare Bandung. Macat sentiasa. Ok! Takyah terkebil2 sangat biji mata korang tu.. mesti korang tak tau jugak kan macat tu aper.. kan? kan? #libastudunglagikeneorangsebelah MACAT tu JAMMED..  *ewaahh kemain eksen lagi ko yer, tu pun ko baru jer tanye kat kak zira kan..?? Hahhaaaa... Maafkan hamba..

  
Untuk lunch, kitaorang di bawa ke  Bukit Randu Bandara tidak jauh dari airport.  Memasing aku nengok, kemain laju jer makan. Lapaulah katakan. Aku? hurmm tak brape lalu.. (*padahal ko dah melantak giler2 kat atas kapal tobang kan? ngan kak midah punye dessert lagi ko sebat.. tak lalu konooonnn... phuuii!)

Kalau ikut plan asal kitaorang akan di bawa meninjau ke Tugu Monas namun takde rezeki, sebab hujan lebat. So, kitaorang hanya dapat mengintai dari tingkap bas jerlah. Tugu monas merupakan suatu monumen (tugu yang melambangkan perkasaan perjuangan bangsa Indonesia. Monas dibina setinggi 132 meter. 

credit pic: mr. google TUGU MONAS

 
Lepas dah 10 kali tawaf kat Monas tu, hujan tak jugak berhenti, kitaorang dibawa untuk menunaikan solat di Masjid Istiqlal. Istiqlal bererti "Merdeka" Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini merupakan kebanggaan bangsa Indonesia, sebagai ungkapan dan wujud dari rasa syukur bangsa dan rakyat Indonesia yang majoritinya beragama Islam yang telah di jajah lebih kurang 350 tahun. Selesai solat kitaorang di bawa ke Warung Tekko untuk makan malam. 



Nampak tak memasing bizi dengan hanphone. Sebab kat sini ada Wifi.. Ekeke.. Masuk2 jer kedai soklan pertama akan di tanya "Sini ada wifi tak?" Soklan kedua password pleaseeee.. Makan dah jatuh nombor 3 dah.. (boleh caye ker??) hehhehehe...


Lepas settle makan, kami di bawa ke Amaris Hotel Mangga Square. For ur information Amaris hotel ni banyak giler kat sana. So kalau korang nak keluar gi jenjalan sendiri, pastikan minta card / address hotel yang tepat supaya tak sesat okey.

Taaraaaa... ni bilik aku ngan kak zira.


  
Pada aku bilik dia, bolehlah. Memang sesuai sangat utk 2 orang. Dan apa yang penting bukan kerjasama yer adik2... yang penting bilik Bersih :)

Lepas mandi, solat, rest kejap memasing sanggap. Tak tau nak buat aper. Plan nak gi hard rock semata2 nak beli fridge magnet. Tapi nak keluar stakat aku ngan kak zira macam tak berann.. So callah member2 jejantz kalau dorang nak keluar. Nasib baik ada yang sudi melayan kerenah kitaorang aku. Hehheee.. Dah siap2, turun bawah, sekali member cakap xyah pegilah, jauh kene naik transport.. blaa..blaa.. kalau nak ke Hard Rock but member tu baik hati dah kirimkan fridge magnet kat member sorang lagi. huuurrmmmm! kalaulah aku tau tak jadi pegi, dah melengkauu kitaorang kat atas katil tau...

Pastu memasing blurr "nak lepak mane.. nak lepak mane.." sebab kat jakarta sesetangah kedai tutup awal. So, aper lagi kitaorang tawaf area hotel, nengok2 mane tau ada yang still bukak.




Alhamdulillah mujurr ada pamoga.. eh! tak..tak.. mujur ada Dante Coffee adalah jugak tempat kitaorang nak mengopi. Dah alang2 beday kak zira & abg zul, aku belikan cake seslice. Kongsi sorang sikit.. ngehh..ngeehh Jimat sikit duit aku. ekekeke..

Dah kenyang pekene kopi, memasing balik bilik. Ah sudah! payah pulak aku nak lelap. Maybe beralih tilam tempat kot.. ke wiiinnnnnindu.. waawwaaaaWWAAAA..


... bersambung
 

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...