Monday, September 26, 2016

5 Cara Tukar Card Mydebit Maybank Secara Online!

Wahhhhh..!!!
dah senang nak senang lagi.
Takyah pening2 nak ambik cuti semata2 nak gi beratur kat bank nak tukar kad Mydebit.
Semuanya dah berada di hujung jari chuollz.

Meh ahkak ajarin step by step.

1st : Of coz chuollz kene ada acc Maybank2u.


2nd : dah login


3rd:  Click dekat Card Management

4th: Click dekat ATM / Debit Card

5th : Click kat Replace Card. Then masukkan details address. Lepas tu request TAC No & masukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Siap!


Just tunggu at least 2 weeks untuk card tu sampai ke tangan anda.


Mudah kan? Selamat mencuba. :)


Thursday, September 22, 2016

Terkilan.

Malam tadi before lelap, sajelah borak2 laki bini. Macam2 cerita keluar. Cerita pasal kehidupan, bisnes, pasal hati, pasal perhubungan, pasal macam2lah.. hurrmmm...

Lega rasanya aku dah luahkan apa yang terbuku kat hati aku selama ni.

Selama ni aku pendam sorang2. Tak pernah nak share ngan en. daddy apa yang aku tengah rasa sekarang ni.

Sedih.. terkilan.. ralat.. jauh hati.. semua rasalah yang ada.

En. daddy jadi pendengar setia aku malam tadi. Terkejut jugak dia, bila aku meluahkan apa yang tengah aku rasa sekarang ni. :(

Aku tanya en. daddy salah ker aku ada perasaan camgini? Rasa terkilan yang lebihnya.

En. daddy paham. Kalau dia kat tempat aku pun dia akan rasa apa yang aku rasa iaitu TERKILAN

Dia usap rambut & pipi aku. "Takpelah.. InsyaAllah ada rezeki kita nanti.. sabar.."

Time ni, sebenarnya dah berjurai air mata aku. 

Sebab nilah yang aku taknak cerita. Hati aku tak kuad. :(

Aku cakap dgn en. daddy, jauh dari sudut hati aku nak ada perasaan jeles.. dengki.. sakit hati.. or perasaan yg buat aku sendiri tak selesa. jauhhh sangat. Bole dikatakan takda. Cuma yang ada perasaan terkilan.

Bila aku baca penulisan dari Jendela Anny dalam blog Suraya Sulatin aku faham perasaan itu. Rasa TERRRRKILAN SANGAT2. Aku suka ayat Anny yang ni "Padan Muka Aku.."

hahhahaaa.. 

memang padanlah dengan muka aku.

Terlalu lurus.. 

Terlalu banyak angan2.. 

Terlalu banyak impian. 

Padan ngan muka aku bila benda camgini jadi.. uuhuuuu



So now, Aku dah bole MOVE ON dah dengan apa yang jadi kat aku. 

& aku ambik pengajaran dengan setiap yang jadi.

Kawan2 doakan aku yer.

Monday, September 19, 2016

Borak Jom.

Salam. hai!

Lama naw rasanya bercuti kat. Naik keras kejung dok rumah. Cuti bile ongkos tak berapa nak ado camginilah...  Uuhuu.. *sangap*

*camnerlah nak mengadap hari2 akan datang ni yer.. uhukk..uhuukk..* 

hurm..

oklah, jom kite lupakan 'Apa akan jadi ngan aku akan datang' kite sambung borak pasal resignation aku.

Bila kengkawan dah tau keputusan aku ni, ramai yang bertanya..

Soalan : Kenapa?
Jawapan : Takda aper saje jer. (haahaha) Takdelah... Sebenarnya banyak sebab. 1st sebab request from en daddy, memang dah lama berzikir kat telinga aku suh aku berhenti...berhenti..berhenti.. naik bernanah telinga aku dengar. Uuhuu.. Time dia berzikir tu, aku rasa aku blom cukup bersedia untuk jadi surirumah sepenuh masa lagi.. :( TETAPI  sekarang ni aku rasa masa dah time utk aku lebih fokus kat family aku... 😊 2nd. Ofcos sebab anak2. Sekarang aku hantar anak2 kat taska. Tak larat rasanya nak bekejar2 nak ambik anak kat taska. Kesian kat dorang tunggu mommy & daddy dorang balik malam.😢 3rd. Alhamdulillah. En. daddy dapat better offer. So.. memang dah tiba masa untuk dia fokus kerja &  aku fokus kat rumah. Sian jugak aku ngan en. daddy bekejar ambik aku, pastu bekejar ambik anak2, pastu bekejar pulak ngan aku.. (eh..eh.. hahahaa)

Soalan : Kau tak menyesal ker, after 11 tahun kerja ngan same company?
Jawapan : ermm.. ni soklan melibatkan hati, perasaan, dalaman serta luaran.. #gituew!
Menyesal nyek..? ermm... entah. Susah nak cakap. Nak kata menyesal, tak. Nak kata tak menyesal pun tak. After 11 tahun bekerja dgn company yang sama, macam2 rasa ada wey. (*jawapan aku KIV dululah.. susah nak jawab)
 
Soalan : So, aper perancangan ko lepas ni?
Jawapan :  Serius, buat masa sekarang aku takda lagi apa2 planning.

Soalan : Takpelah lepas ni  ko bole fokus kat bisnes online or aper2 bisnes.
Jawapan : Senyum. InsyaAllah. Memang itu angan2 mat jenin aku. Nak setup bisnes sendiri.
 InsyaAllah kengkawan one day. Aku berdoa suatu hari nanti angan2 aku akan jadi kenyataan.  Korang tolong doa2kan aku yer... :)





Friday, September 9, 2016

Dear Sahabat

Salam.

Lega rasanya bila dah bagitau kengkawan yang dekat ngan aku tentang keputusan aku ni. (Macam2 rasa hokey, tapi aku tahan jer..uuhuu)

Dear Sahabat. 

Sebenarnya bukan senang okey, aku nak buat keputusan ni. Banyak perkara, banyak faktor banyak benda yang aku kene pikir pro & conts once aku dah decide. Tambah lagi aku dah lama bersama ngan korang & aku 'SELESA'. Makan tahun jugaklah aku nak buat keputusan ni.  Dan akhirnya, hujung  bulan sembilan ni adalah noktahnya. 

Dear Sahabat.

Maafkan aku kalau aku pernah melukakan hati korang, pernah buat korang sentap, pernah buat korang rasa tak selesa ngan pe'el aku, pernah paw makanan korang, pernah melahar korang dalam terang.. Maafkan aku.

Dear Sahabat.

Terima Kasih sebab korang ada masa aku susah & senang. Korang sentiasa ada masa suka & duka aku. Terima Kasih sebab korang selalu support aku. :)

Dear Sahabat.

Aku sayang korang ketat2. Aku dah anggap korang macam adik beradik aku dah. Lepas ni korang kene janji ngan aku, korang JANGAN REMOVE aku dalam group wassep kita.. & paling penting JANGAN REMOVE aku dalam hati & ingatan korang tau.

Pomise! 






Thursday, September 8, 2016

Anak Buah Baru.

 Salam.

Memperkenalkan anak buah2an baru kitew yang ke...... 
jap kire........

Anak kaklong - 5
Anak Kakngah - 2
Anak Aku -3
Anak Erra - 3
Anak Pizi - 1

ok yang ke 14. Ramai dah cucu umi ngan tokyah. Yang lagi sorang ON THE WAY InsyaAllah. uuhuuu


NAME : Puteri Airin Medina (Anak adik, Erra)
D.O.B : 5 Ogos 2016 (kalau tak silap.. heheheh)

Last week, Erra jemput datang rumah, dia adakan Majlis Tahnik untuk Medina. 




  
Maksud Tahnik ? 

Tahnik adalah melumurkan buah kurma ke dalam mulut bayi yaitu di bagian langit-langit mulut bayi, dimana sebelumnya kurma yang dilumurkan terlebih dahulu di lumat. Para ahli bahasa mengatakan bahwa tahnik ialah mengunyah kurma lalu menggosokan kurma tersebut ke langit-langit mulut bayi. Tujuannya adalah agar bayi bisa terlatih untuk mengunyah dan membantu menguatkan bayi untuk makan.

Tak jemput sape2 pun. Cuma mak panggil ustazah & kami adik beradik jer. 

Papa Medina


Mommy potongkan rambut Medina yer. :)


  Tuan rumah, Erra & Iris

 

  Mommy doakan Medina jadi anak yang solehah yer.

.

.

.

.

.

.

.

Mommy tunggu Medina besar sikit jer lagi, mommy nak gomol..

 

Muah <3

Monday, August 22, 2016

Anniversary Wet World Shah Alam

Ke Wet World lagi kita. Weehuuuuuuu...!!!

Kali ni aku datang atas jemputan pihak Wet World sempena Anniversary dorang yang ke 20 tahun. 

TAHNIAH WET WORLD!

Registration



Dapat Complimentary Cabana & Double Tube & souvenir

Nampak jer air, anak2 dah menggelenjat tak sabar nak mandi.

Jom layan gambar :)





Best betul pegi kali ni sebab tak ramai orang..
Ahkak suka, tak sesak.


Cabana. :)


Paling seronok datang kali ni, sebab takyah berebut & que nak naik slide.

HAPPY!


Korang tengok sape yang paling happy main vuvuzela ni.. uuhuuuu




Harga sewa cabana & pelampung









Bestkan? bestkan?

InsyaAllah next time bole dtg lagi..

Yaahuuuuuuuu!!!

Wednesday, July 20, 2016

Carpet Bulus Murah RM64

Hai, saje nak ajak sembang boleh <3

Bila aku dah start meniaga kecil-kecilan ni, macam2 orang aku jumpe, macam2 orang aku deal, macam2 orang yang aku kene mengadap walaupun tak kenal.

Ada customer yang ko biasa jumpa, ada customer dari kalangan kawan sendiri, ada customer, yang dari customer terus jadi kawan.. :)  ada customer yang jenis suka bertanya.. tanya.. & tanya.. pastu senyap.. hahhhaaa...

Baru ni aku ada deal ngan customer ni. Sumpah! Aku tak kesah pun kalau ada customer yg suka tanya.. tak salah wey. If aku sebagai customer pun, mana yang aku nak tau aku akan tanya.

Taaaapiiiii ada customer yg jenis dah tertera/ tertulis/ dh terpampang seller tulis NO SWAP, NO REFUND, NO COD dia nak jugak tanya
 “Bole ambik kat mana nyek?"
"bole COD area mana?"
 "Boleh hantar area blaa..bla.. tak?"

Di sebabkan aku pegang ayat ni "CUSTOMER ALWAYS RIGHT" Sebagai seller aku akan cakap camgini, 

MAAF yer, sy tak buat COD.. 
Sori yer, sy akan pos direct ke address customer..

Customer pulak akan jawab “Owh ye ker? Pastu senyappp… krikk…krikk…krik… Yang aku dah paham sangatlah tu kalau lebih 3 hari senyap tu means takdolah.. haha.. oklah.. It's okey, bukan rezeki, tajuk dia.

Yang ada pulak customer suka camgini,
"Sis, nak tanya boleh…? (so dia senaraikan 10 soklan kat aku) & kesemua soklan2 tu dah tertera kat description… uuhuuuu.... Di sebabkan aku pegang lagi ayat ni "customer always right" makanya aku menjawab satu persatu soklan dorang. :) kenkadang, kalau mood malas aku sampai, aku copy jer yang mana aku dah taip kat description.. hahahah..

Kenkadang tu ada jugak soklan pelik2. Aku ambik masa lama jugak untuk menjawab.

Contoh, Aku jual carpet harga RM64 size :  3cm (tebal karpet) x 80cm X 120 cm. Aku kene bg size then korang boleh bayangkan besar mana carpet tu. Pastu ada sorang customer tu tanya aku..

1.     Sis, bulu carpet ni tertanggal tak bila lama2 guna?

2.     Susah nak jaga tak sebab takut trap habuk..

3.     brand aper? Ikea ker?

Serius , sebenarnya aku ambik masa jugaklah nak menjawab soklan2 customer ni. Bukan aper, aku takut aku salah jawab, pemahaman dia lain.

Ermm….

Soklan 1 & 2 susah jugaklah aku nak menjawab.Tapi aku jawab jugaklah..

Ok, 
1. ikut mcm mana kita pakai. Kalau lasak2 sgt pun bole tertanggal.. kalau kita beli carpet mahal2 pun if lasak2 pun bole tanggal 😊 
 2. Carpet ni bole washable.. senang nak handle 
3. Eemmm yg trap habuk tu, saya rasa semua carpet cmgitu.. kene rajin vacum.. 
4.  xde brand mana2.. 

😊😊 hope membantu.. 😊😊

Sebab pada aku, ni pendapat aku.. nama pun carpet lagi2 yang jenis berbulu kan..  bila lama2 kita pakai,  kita pakai untuk lasak2 means hari2 pakai, confirmlah akan tercabut bulu2 dia. Lainlah kalau kita pakai bila ada function jer cth masa raya or aper2 keraian.. Lambatlah sikit nak tercabutnya. Harga carpet RM64, jangan awak expect quality mcm harga RM64000. sob..sob..sob... (kalau ada camagitu saya nak 10) hehehehe... Sebab aku sendiri ada experience, aku rasa aku beli carpet time tu, dah cukup mahal dah harga dia RM1K+ ingat lagi beli kat *teennttttt..l (nyesal beli pun ada) lama2 pakai luruh jugak wey… uuhuuu

Sayang, nama pun carpet.. kene rajin vacum, kene rajin jemur.. Carpet RM64 tu dah tertulis pun kat description washable & durable… :) As a seller, aku tempat kan diri aku sama macam customer jugak. Kalau bole aku nak tau semua benda. hahahaa... Sebab tu aku letak semua details yang supplier dah providekan. Supaya customer senang nak baca.

Hahaaa..  aku tak marah pun ngan customer2 nak tanya aku itu ini. Tanyalah..  Sumpah! Tak marah. Tapi jangan Krikk..krikk..krikki.. jer lepas tu.Kalau seller lambat jawab customer akan cakap,

"Entah haper2lah seller ni nak meniaga ke tak.. mcm tak friendly jer… 
(pernah tak korang cakap camgitu?) ekekekeke 

Tapi bile seller terlalu friendly dah menjawab soalan2 yang customer bagi pastu customer SENYAP…. Krikk..krikk..kriikk.. melangutlah seller seperti aku ni, menanti jawapan jadi ker tak beli……. Krikk..krikk..kriikkk..  hahahaaa..

Wahai customer, saya tak memaksa pun awak2 beli barang daripada saya, saya tak kesah pun kalau awak2 nak tanya sy banyaaaak soklan.. Saya OK, serius! sebb saya suka bila ada conversation ngan customer. Tak beli tak apa, customer ada pilihan Nak @ TAK… Tapi.. tapiiii.. sayang, boleh tak korang IF korang tak jadi nak beli ker.. nak pikir lagi ker.. nak tunggu cukup bulan ker.. just inform seller 

“Sis, nanti kalau jd sy bgtau sis"
"Sis saya nak pikir lagilah, nanti kalau saya nak saya bgtau" 
"sis boleh tak cukup bulan 
OR "takpelah sis tak jadi.."

Bukan susah pun.. sian seller  kecil2an (akulah tu) tertanya2.. confirm ker tak dia nak ambik ni? Jadi ker?  hahahahahahaha

Ada lagi 1 experience pasal carpet jugak, padahal aku dah tepek pic color2 carpet yang ada kat situ. Pastu customer request bole tak sy nak tengok color carpet yang ada..

Hahahahaa.. ko ghase??

Sebab aku pegang  ayat ni  "CUSTOMER ALWAYS RIGHT" so aku pun tepek jugaklah pic2 color yg ado.. uuhuu (sambil lap air mata) hahahahaa...



To my luvely customer,
Pasni rajin2lahlah membaca.. details, description, tengok gambar yg seller providekan. Kalau rasa x lengkap details or pic baru request. Sian seller penat taip panjang lebau.. Sampai penuh memory save pic nak kan customer tengok 1 1 barang yang dia jual… & selain tu, kita bole jd kawan bila ada coversation between seller & customer. Tak gituew?

Saiyang korang <3


Nak nengok tak camner rupa Carpet Bulus RM64 tu (harga tak termasuk postage)


.


.


.


.


.


.









Price : RM 64 POSTAGE : RM 7 SM / RM 12 SS 

Product specifications and features. 
:: Washable and durable Choices of colors Suitable for living room, bed room and etc Size 3cm x 
:: 80cm x 120cm 
:: Color available: Green Grey Beige Coco









Friday, July 15, 2016

Orchid Cantik!

Salam.
Selamat Hari Raya korunk, Maaf zahir & Batin. 

Maaflah yer, kalau aku ada tersalah kata, terayat lebih sikit, tergurau buat korunk terasa. Ampun & Maaf di pinta2..  Meh pipi, aku kasi kiss sikit. #muuuuaaaah #lappipiadalitip

Harini aku nak share ngan korunk 1 benda.
Disebabkan dia terlalu cantekz, ayu & anggun terpaksa aku ketepikan perasaan nak update blog pasal raya aku yang pertama, kedua, ketiga ...... & seterusya ke 30.. Hahahaa..

Nah! aku tepek sini buat tatap korunk.

 korank rasa ni, cantik ke cantik? hehehee..
Sumpah, cantik, ayu & sexy.. Melintuk liuk bunganya kan...

Ok, untuk pengetahuan korang, (yang mana nak taulah kan, yang taknak tau, bagi signal, masuk lane kiri.. hahha) aku memang feminat bunga2an. Setiap tahun asal raya jer, gigih aku menempah bunga kat Kak Ija. Tapi di sebabkan tahun ni tangan dia sakit, takdelah bunga baru kat rumah.. :(  

& Terpaksa jugaklah aku rearrange balik bunga2 orkid kat rumah aku, jangan takda bunga langsung sudah kat rumah. uuuhuuu (padahal tangan awok kayu..lantokkanlah..)



Nilah punca macam mana aku boleh terrrrfollow ig @elegantorchids. Cantik pulak bunga orkid kat tepi si sarah ni.. #telanairlior Almaklumlah masuk rumah baru, perabot baru, bunga pun mestilah nak kene baru jugakkan.. haahaaa... tak gitu?!

Lepas nengok bunga disisi sarah, terus aku jadi seorang stalker yang tegar.. wwoppss.. (maapkan saya @elegantorchids ...)



korank tengok ni.. tengok ni... rimbun <3 #melting #lapairmata 
Aku, kalaulah.. ni kite citer KALAULAH.. en. daddy suprise aku ngan bunga camgini, uuuhhuuuu... bole cramp mulut aku asyik senyuuuuuummmm jer sepanjang tahun.. Hhahahaaa..  

 Yang camgini pun aku suka.. Putih, bersih, suuucii jer..
hoii, lagi tenung lagi sakit hati kitew wak..




Cantik giler kalau letak atas meja makan. Tapi hati2 yer, bukan aper, aku takut korang tak perasan makan bertambah-tambah.. #muaahahaha.. Sebab cantik sangat.


Ada macam2 color, macam pattern. Korunk nak yang macam mana, @elegantorchids boleh gubahkan.  Ok, dah boleh pilih yang mana korunk suka, suh cik abam bayarkan. 
#mihh..mihh..mihh



 Cantik giler kan.. Ok, aku ghase aku terpaksa stop sampai sini jer, sebab aku tau korank akan tak brenti menanyi kat telinga cik abam cik abam korank selagi tak dapat.. kan.. 
Hahhaaaa.. (*kita sama jer)
 


 
More info 
Ig: @elegantorchids




Tetiba aku teringat kata2 mak aku, 
"bunga orkid ni bunga yang tak lapuk di hujan tak dilekang dek panas"
pandai2 korunklah nak paham maksud mak aku tu.. heheheee...


(jap, nak kira duit raya, kot2 cukup nak beli munge orkid.. uhuuhuu... ok, bye)



 

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...