Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Monday, November 23, 2015

Jakarta - Part 2 & Part 3

Part 2 & Part 3 sekali jalan lah yer. Almaklonglah ahkak tak banyak gambau dik. Ni pun menompang camera kawan. Yang mana ahkak dapat kongsi, ahkak kongsi lah yer.. 


8hb. November, 2015


Lepas selesai breakfast,  kitaorang dibawa melawat ke Taman Mini, Indonesia. 
 Serius! aku pun tak brape sure aper yang ada kat dalam tu sebab aku bantai membuta. Sorrylah yer. 



Gambar2 ni pun cedok kawan punya. Tapi aku dah mintak permission okey. Tak macam ada 1 website tu (boleh dikategorikan meletopz lah jugak nama dia) main cedok jer pic anak2 aku kat district 21. Dahlah tak mintak permission, aku punye copyright pun dia crop kasi buang. Memang kuang ajaq! Aku bukan aper, at least credit kan lah sikit kat aku ni haaa.. tuan tanah.. ni tak.. main sebatt jer... huuurrmmm.. laki aku suh saman 2.6B  ekekekee.... #takhagak2
  
Sambung balik citer kat Taman Mini. 
 Aku tak masuk pun area taman mini tu. Panas kot! meollz tak tahan panaz.
 Aku & the geng  setakat jenjalan cuci2 mata kat luar jer.  

 Mesti korang menyumpah kan aku upload pic ni... muaahahahaa...

Jus Alpukat.

Lepas selesai kat Taman Mini, misi untuk shopping bermula. 1st mall yang kitaorang pegi ialah ITC Cempaka Mas. Kat sini kitaroang diberi masa lebih kurang 2 jam.
 

Sori tak dan nak ambik gambar. Aku aku review sikitlah pasal tempat ni di mata aku.
1. ITC Cempaka Mas ni lebih kurang macam Kenanga Mall lah. Bertingkat2. Tempat nak memborong.
2. Kat ITC Cempaka Mas ni, aku tak bernapsu nak shopping. Nak tau nape? Sebab, susun atur antara kedai tu sendiri membuat kan aku lemas. Lemas sebab, terlalu padat. Dah ar antara kedai2 tu rapat, sampai kat kaki2 lima pun dorang letak barang. Susah kot nak lalu.
3. Kat ITC Cempaka Mas ni, aku & the geng sesat ko tau. Hehheee.. Sesat nak cari balik pintu kitaorang masuk tadi. Sebab kat ITC Cempaka banyak giler kot pintu. Ada pintu utara, pintu selatan, pintu timur.. blaa..blaa.. menjajau gaklah kitaorang. Tanya orang2 kat kedai pun dorang tak bole bagi jawapan. Maybe dorang tak paham. Last2 kitaorang keluar dari mall tu, pusinggggggg 1 mall baru jumpe kat mana tempat letak bas. uuhuu.. nasib baik kitaorang orang ke 2 lambat kalau tak sia2 kene denda..  Hasil tangkapan di ITC Cempaka Mas = TIADA

Kitaorang dibawa pula ke Riong Sari untuk makan tengah hari. Huuuurrrmm.. spoil sikit kat sini bab kebersihan :( Selesai makan, ke Thamrin City.

Thamrin City


Thamrin city ni boleh dikatakan syurga shopping. Semua ada. Kain, baju, telekung, kasut, dll. Aku & the geng sempat pegi 1 & 2nd floor jer. Yang lenlain tak sempat, sebab masa taak cukup. Kat sini, aku beli kain batik jer. Lawo2 kain batiknye.  Mahal. Tapi tulah satunye kat sini susah bebenor nak bargin. Blom bargin pun lagi dia dah sebut "ini harga pass yer ibuk.." Kalau kat sini, kalau arge dah mati dia akan cakap 'pass'. hurrmm.. Kitaorang lepak sini sampai thamrin tu nak tutuplah. 



Settle shopping, before balik hotel, kitaorang dinner kat Selero Jumbo. 

Balik hotel, ingatkan memasing dah penat. Rupanya idokk... ekekekee.. 
Ada orang tu nak manje2 pulak ngan ahkak2 ni kan.. tetiba laparr lah hausslah..  macam2lah pulak dah faish ni. Nasib baiklah dia ni informer kitaorang.. kalau takk tak hinggin aku nak melayan... Hahahahaah. Ingat nak repeat balik minum kopi kat Dante Coffe sekali tutup daa... terpaksalah kitaorang menapak, tgk mane kedai yang still bukak. Nasib baik jumpe, kalau takk, ada yang mati kelaparan. *menyampah








Geng ngopi :)


Nampak tak betapa happynye muke memasing bile kenyang.. 


9hb. November 2015 

Last shopping before terbang balik Malaysia kat ITC Mangga 2


Kedai blom bukak lagi kitaorang dah tercongok kat situ. Almaklumlah duit banyak lebih, malas nak bawak balik.. Miihhh..mihh..mihh 


Good Bye Jakarta.

No comments:

Post a Comment